blog koperasi keluarga mak siti bera
Thursday, 22 November 2012
bendera malaysia
BENDERA MALAYSIA
Bendera merupakan lambang kepimpinan,
simbol penghormatan, martabat dan kewarganegaraan bagi sebuah negara.
Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan
perasaan bangga terhadap tanah air. Bendera ditakrifkan sebagai sebidang
kain yang diperagakan bagi menunjukkan tanda dan lambang kewujudan yang
juga dikenali sebagai panji dan obor. Bendera dalam budaya Melayu
biasanya dikaitkan dengan kedudukan golongan Diraja yang memerintah.
Terdapat 14 jalur merah dan putih
melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan
berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini
menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan
iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri
Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah
Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
Warna merah pada jalur membawa makna
gagah berani dan warna putih pula membawa makna suci murni. Warna kuning
yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna Diraja yang
melambangkan Raja-Raja Melayu. Gabungan tiga warna utama iaitu merah,
putih dan biru melambangkan setiakawan Persekutuan Tanah Melayu dan
United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwel.
Sejarah Bendera Malaysia Pada 29
November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan
Persekutuan telah mengadakan pertandingan peringkat kebangsaan untuk
memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk. Dalam
pertandingan tersebut, ciptaan Encik Mohamad bin Hamzah (arkitek
kerajaan Johor) dipilih sebagai pemenang.
Walau bagaimanapun reka bentuk bendera
tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan oleh
Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari1950. Pada 19 April
1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang
dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara. Reka bentuk bendera
tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.
Sehubungan dengan itu, buat pertama
kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan
Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan
pegawai-pegawai King Goerge VI pada 26 Mei 1950. Selepas penubuhan
Malaysia pada 16 September 1963,
Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah
diubahsuai sejajar dengan kemasukan Sarawak, Sabah dan Singapura ke
dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Walaupun Singapura keluar daripada
Malaysia pada tahun 1965, namun Malaysia masih mengekalkan ciri-ciri
benderanya. Setelah berkibar megah sejak 1950, pada malam 31 Ogos 1997,
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang merupakan Perdana Menteri ketika itu
telah mengukir satu lagi sejarah apabila beliau mengumumkan nama baru
bagi Bendera Malaysia iaitu JALUR GEMILANG.
Susunan Keutamaan Bendera
Susunan keutamaan Bendera Malaysia dan
negeri-negeri ditentukan mengikut susunan keutamaan DYMM Raja-Raja
Melayu dan TYT Yang Di-Pertua Negeri seperti yang termaktub dalam
Perkara 70, Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan itu, susunan keutamaan
bendera yang diguna pakai bagi tahun 2009 adalah seperti berikut:-
1. Malaysia
2. Kedah
3. Pahang
4. Kelantan
5. Johor
6. Perak
7. Perlis
8. Selangor
9. Negeri Sembilan
10. Terengganu
11. Sarawak
12. Pulau Pinang
13. Sabah
14. Melaka
15. Wilayah Persekutuan
2. Kedah
3. Pahang
4. Kelantan
5. Johor
6. Perak
7. Perlis
8. Selangor
9. Negeri Sembilan
10. Terengganu
11. Sarawak
12. Pulau Pinang
13. Sabah
14. Melaka
15. Wilayah Persekutuan
ramly burger
Burger
Ramly sangat popular di Malaysia, Burger Ramly merupakan Ikon makanan
yang kita tahu mudah didapati di pasar malam atau di kiosk - kiosk kaki
lima diwaktu malam tetapi di Singapura hanya di kenali sebagai
pembungkus makanan.Ini kerana kerajaan Singapura telah mengharamkan
daging dan ayam Ramly Burger disana buat jangka waktu yang lama .
Sebaliknya apa yang ada adalah daging dengan jenama seperti Tasty, Sultan Burger and Armiya,kesemuanya dibuat di Singapura. Pengasas Burger Ramly mencipta resepi burger keluarannya pada tahun 1979.Lima tahun selepas pelancaran Ramly burger boleh didapati dimana - mana seluruh Malaysia termasuk Singapura, Thailand ke Philippines dan Indonesia.Malaysia Boleh!
Tetapi hanya kertas pembungkus , mayonnaise,dan makanan sejukbeku seperti bebola sotong yang dipasarkan di Singapura.Pergh lame tak layan burger Ramly..jom2!!!!!
Sebaliknya apa yang ada adalah daging dengan jenama seperti Tasty, Sultan Burger and Armiya,kesemuanya dibuat di Singapura. Pengasas Burger Ramly mencipta resepi burger keluarannya pada tahun 1979.Lima tahun selepas pelancaran Ramly burger boleh didapati dimana - mana seluruh Malaysia termasuk Singapura, Thailand ke Philippines dan Indonesia.Malaysia Boleh!
Tetapi hanya kertas pembungkus , mayonnaise,dan makanan sejukbeku seperti bebola sotong yang dipasarkan di Singapura.Pergh lame tak layan burger Ramly..jom2!!!!!
Posted by
P43H
|
Labels:
Berita,
Berita Terkini,
Informasi,
Menarik,
Panas
|
Tuesday, 20 November 2012
MARILAH SAMA-SAMA MERAWAT HATI
Terdapat
18 cara dan rawatan hati yang perlu dilakukan supaya hati kalian dapat
dirawat dan terhindar daripada penyakit hati. Perkara-perkara tersebut
adalah seperti berikut :1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.
3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.
4. Khusyuk dalam solat.
5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.
6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.
7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
8. Beriktikad dengan akidah yang betul.
9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.
10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.
13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.
15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita beramal dengan 18 perkara di atas yang akan mendekatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT dan meningkatkan ilmu dan amal dan istiqamah dengan jalan yang hak. Hanya hati yang bersih, mulia, sejahtera dan ikhlas akan dapat memasuki syurga Allah SWT yang bebas daripada penyakit-penyakit hati.
Subscribe to:
Posts (Atom)